Saturday 23 April 2011

Wisdom Tooth


Aku nak cerita pada kamu semua tentang Wisdom Tooth yang tak berapa nak wisdom. Aku serius ketika ini. Namun aku belek-belek kawan-kawan Blogger yang masih lagi aktif menulis blog. Bukan macam aku yang dah banyak kali tukar url, tukar server dan tukar nama. Aku hanya mencari inspirasi untuk menulis. Dan hari ini, jeng.. jeng.. jeng.. aku mahu kembali menaip di blogspot. 

Hebat tak? Sila tepuk-tepuk tangan. :)

Thus Spake The Vampire - dah jadi ayah! Tahniah bro Yosh!

                       * * *
WISDOM TOOTH

Sangat sakit sekali. Gigi bongsu aku tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya. Menghadap pipi. Jadi, setiap kali makan, akan terkunyah pipi aku sekali. Dah siap luka-luka. Sekarang aku sedang buat attachment di Muhammad Jailani & Partners di bawah pengawasan En Zahari Affendi yang sangat berkaliber. Dia sangat hebat. Sungguh! Aku tak tipu. 

Namun akhir-akhir ini, aku telah diletakkan di bawah pengawasan En Muhammad Jailani yang sangat garang. Aku perlu menjaga beberapa fail corporate. Projek juta-juta (allowance aku RM400/sebulan! tak adil)!!
Balik tentang Wisdom Tooth, disebabkan tenaga aku dikerah untuk kehulu-hilir dan dengan rasa yang amat tidak selesa dalam mulut. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya aku. Akhirnya, secara terpaksa walaupun tanpa paksaan sesiapa, aku jumpa doktor gigi. Dan Dontor tersebut, pada pandangan mata kasar aku, kacak seadanya. Walaupun begitu, ketakutan mengatasi segalanya. Doktor memberitahu aku bahawa, gigi bongsu tu terpaksa dicabut. Dan setelah berfikir beberapa detik maka aku mengambil keputusan untuk membuang gigi tersebut.

Aku memang penakut. Dan dalam ketakutan, doktor membius gigi aku supaya berasa sebal. Ha-ha. Dan tunggu 30 minit di luar bersama Bonda tercinta. Kemudian aku dipanggil semula. Aku ingat proses itu akan mengambil masa beberapa jam. Namun tak sampai 5 minit, gigi bongsu comel dan putih bersih itu telah ditanggalkan! Aku masih bercakap benar tentang gigi aku comel dan putih bersih.

Hebat sungguh doktor itu dalam membuat kerjanya! Aku diberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan kapas yang perlu ditukar setiap 10 minit. Cuma, setelah sebal hilang, sakitnya yang teraaaaamat~

Oleh yang demikian, aku ingin membuat sedikit ucapan kepada mereka yang terlibat dalam ceritera Wisdom Tooth ini :-
Kepada En Chenta Hati Bearuang- terima kasih Love sebab senantiasa menemani dikala gigi sangat sakit. Sudi melayan walaupun di awal pagi. Seawal 4.30 pagi.. Sayang kamu!

Kepada Bonda: Terima kasih kerana sudi menemani dan mendengar segala keluh kesah tentang keperitan. :)



No comments:

Post a Comment